Wednesday, October 28, 2009

Tiada Segelas Air Pun Untuk Si Golok

11 July 2009 Tarikh yang keramat yang menjadi ingatan... Masih segar dlm kenangan.Hanya Dia yang tahu.

Mujur ada kenalan yang sudi menawarkan perkongsian tapi tetap terkilan dengan kejadian yg telah menimpa... Sehingga kini dan selamanya hanya mampu melahirkan penyesalan "SORRY XPERASAN MAAF SGT2 AMPUN SGT2" eh brapa byk "sgt" da...

Betul kata pepatah, ikut hati mati ikut rasa binasa. Tapi yang pasti ia sentiasa segar dalam ingatan dan RAM atau HDD pikiran dan masih boleh capture satu persatu suasana tersebut.

Kerana dek mencabar lalu tercabar dan dicabar akhirnya PADAN MUKA AKU. Tapi aku ke yang bersalah? Klu aku merosakkan plan selalu dihambur tapi... bagaimana jika plan yg dah cantik tapi seolah-olah sengaja digagalkan oleh si penghambur tersebut?atau si pahlawan berre aka carut yg gagah perkasa?

Beginilah nasib kalau diri serendah aku, tiada pedang yang bisa melibas dan dimartabatkan seperti Pahlawan Musketeer. Hanya ada sebilah golok 2 kaki pnjg yang tak mampu menandingi pedang. Golok tajam tapi berkarat terbiar tanpa perhatian... Mujur golok tidak berdaya hanya mampu nenasak sarung dan terbiar ditengah kekalutan si pedang pahlawan. Apa jadi padanya? Terdampar di satu hentian selama 13jam tanpa pemulihan!!! Tapi bersyukur kerana kesedaran mengutipnya kembali tapi tetap juga ditegur kerana tidak amanah membelek keperibadian bubur durian.

Golok tetap pasrah dlm paksa kerana takdir yang telah menimpa tidak dihargai. Panggilan dijawab tanpa kesangsian demi memelihara pedang pahlawan. Golok sedar inilah balasan diterima kerana tersepit dicelahan batu dan bukit yang mampu membantunya ke puncak diidamkan.

Segelas air menjadi igauan.....

No comments: