Thursday, August 20, 2009

TAMAT PERKHATAMAN GUNUNG-GUNUNG G7

Apa itu G7?

Aku ingat lagi masa subject Geografi masa menengah rendah topik tentang banjaran di Malaysia. Dia ckp di banjaran Titiwangsa ada byk gunung antaranya G7. Uniknya G7 ni ada 7 gunung yang ketinggian lebih dari 7000 kaki. Tu pasal dipanggil G7. Bukan saja dipanggil oleh pendaki-pendaki gunung tetapi sesetgh ahli geografi pun panggil ianya G7.

Gunung-gunung G7

Gunung Tahan 7186 kaki (26/07/2009-31/07/2009)
Naik dari Merapoh

Turun di Kuala Tahan

Bermulanya di sini


Akhirnya jadi juga orang pertama selepas sifu

Sijil dari Taman Negara
Dari kiri : Guide Abg Zul, Otai Sham Castello, Ana, Dr Ramli, Is, Salman, Jaafar, Lan dan AKU
Gunung Korbu 7162 kaki (2007-2008 & 2009)
Gunung Yong Belar 7156 kaki (2007)
Gunung Gayong 7129 kaki (2007-2008)
Gunung Chamah 7210 kaki (2008 & 2009)
Gunung Yong Yap 7110 kaki (2007 & 2008)
Gunung Ulu Sepat 7089 kaki (2009)

Thursday, August 13, 2009

CITA-CITA vs KEHENDAK

Adakah cita-cita sering terhalang dek kehendak kita sendiri? Ada yang mengatakan cita-cita adalah visi dan misi untuk maju kehadapan dan kehendak sering mengganggu perjalanannya.

Perlukah kita ketepikan kehendak tersebut, sedangkan kita tahu kehendak itu benar-benar ada dalam diri kita dan kehendak juga sebenarnya pendorong kepada cita-cita kita tetapi adakah kita sedari?

Kehendak itu sering disalahkan sbb dia pernah menjadi igauan ngeri dalam diri kita lalu kita pun mengejar cita-cita sbb cita-cita lebih penting sbb cita-cita adalah untuk memajukan diri kita kehadapan.

Mungkin hikmahnya bila kehendak yg pernah menjadi igauan ngeri itu adalah sebenarnya satu ciptaan yang indah dan berseri-seri dgn sinaran yang semulajadi. Ia juga sebenarnya adalah cita-cita sebenar yang mana tak perlu kita kejari dgn bersungguh-sungguh.

Bagaimana pula hikmah mengejar cita-cita? hikmah nya ialah KENIKMATAN DAN KEPUASAN APABILA CITA-CITA TELAH TERCAPAI. Mudahkan? tapi mudah ke kita mencapai cita-cita tersebut? Kalau tiada usaha bagaimana nak berjaya? Tapi kalau sudah pelbagai usaha kita lakukan tetapi tidak berjaya cmner? LU PIKIR LA SENDIRI!!!

Dek kerana terlalu kejor akn cita-cita tersebut, dan tiba-tiba cita-cita tidak tercapai maka kita salahkan pihak lain. Benarkah tindakan tersebut? Ibarat org lain makan nangka kita yang kene getahnya.

Wednesday, August 12, 2009

ANTARA CITA-CITA DAN KEHENDAK

Tanpa cita-cita kita tak berjaya... tapi kalau ada cita-cita bagaimana kita hendak berjaya? Secara 'monolognya' kita ada kehendak kita sendiri tetapi kehendak sering diabaikan. Ini kerana kita sering mengejar cita-cita demi kejayaan dan kepuasan diri. Selalunya kita selalu menurutkan nafsu semata-mata.

Adakah kehendak itu nafsu atau nafsu itu kehendak atau macamana? Perlu diingat ada kehendak itu baik utk kita ada juga yang memudharatkan kita. Tapi bila dikasari atau dihalusi kehendak dan cita-cita benda yang sama ke?

Jadinya, kehendak itu penting jugak ker? Mana lebih utama, KEHENDAK atau CITA-CITA?tapi mesti kita ckp keperluan tu lebih penting berbanding cita-cita.

KEHENDAK :
- nak mewah
- kete besor
- perkahwinan yg bahagia lebih² dgn org yg kita nak
- poligami
- mkn luar tak payah masak
- guna sedikit tanggungjawab
- perkahwinan yang meriah dgn pelbagai agenda
- jawatan tinggi
- gaji byk lebih
- bebas berbelanja
- dan macam-macam lagi

CITA-CITA :
- perkahwinan yang meriah dgn pelbagai agenda
- jawatan tinggi
- gaji byk lebih
- bebas berbelanja
- nak mewah
- kete besor
- perkahwinan yg bahagia lebih² dgn org yg kita nak
- poligami
- mkn luar tak payah masak
- guna sedikit tanggungjawab
- dan macam-macam lagi

KEPERLUAN :
- pakaian
- makanan
- tempat tinggal
- kenderaan (tak tahu la dah tersenarai ke tak)
- handphone (tak tahu la dah tersenarai ke tak)

jadi pernahkah kita terpikir?