Thursday, August 13, 2009

CITA-CITA vs KEHENDAK

Adakah cita-cita sering terhalang dek kehendak kita sendiri? Ada yang mengatakan cita-cita adalah visi dan misi untuk maju kehadapan dan kehendak sering mengganggu perjalanannya.

Perlukah kita ketepikan kehendak tersebut, sedangkan kita tahu kehendak itu benar-benar ada dalam diri kita dan kehendak juga sebenarnya pendorong kepada cita-cita kita tetapi adakah kita sedari?

Kehendak itu sering disalahkan sbb dia pernah menjadi igauan ngeri dalam diri kita lalu kita pun mengejar cita-cita sbb cita-cita lebih penting sbb cita-cita adalah untuk memajukan diri kita kehadapan.

Mungkin hikmahnya bila kehendak yg pernah menjadi igauan ngeri itu adalah sebenarnya satu ciptaan yang indah dan berseri-seri dgn sinaran yang semulajadi. Ia juga sebenarnya adalah cita-cita sebenar yang mana tak perlu kita kejari dgn bersungguh-sungguh.

Bagaimana pula hikmah mengejar cita-cita? hikmah nya ialah KENIKMATAN DAN KEPUASAN APABILA CITA-CITA TELAH TERCAPAI. Mudahkan? tapi mudah ke kita mencapai cita-cita tersebut? Kalau tiada usaha bagaimana nak berjaya? Tapi kalau sudah pelbagai usaha kita lakukan tetapi tidak berjaya cmner? LU PIKIR LA SENDIRI!!!

Dek kerana terlalu kejor akn cita-cita tersebut, dan tiba-tiba cita-cita tidak tercapai maka kita salahkan pihak lain. Benarkah tindakan tersebut? Ibarat org lain makan nangka kita yang kene getahnya.

No comments: